ROAD SHOW ADEC

TERKINI :

Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, November 29, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1430 pada 28 hingga 29 November 2009

Alhamdullilah...Berkat kerjasama dan sokongan kuat yang telah diberikan oleh beberapa ahli ADEC Johor, program Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha telahpun berjaya diadakan pada 28 hingga 29 November 2009 bertempat di Pantai Mutiara Bay (berhadapan dengan kediaman 9W2DSD - Pak Din Batu Layar). Ianya diadakan telah diadakan sebagaimana aturcara berikut;-


28 hb November 2009

1930 hrs - Ketibaan jemputan & rakan-rakan ham


2115 hrs - Solat Isyak beramai-ramai


2130 hrs - Bacaan Yassin dan Tahlil


2245 hrs - Jamuan yang disediakan oleh 9W2DSD


2300 hrs - Acara Masak secara Barbeque oleh warga ham. Di antara menu-menunya ialah hot dog, burger ayam & daging, ikan caru & pari.


2400 hrs - Bermalam


29hb November 2009 (AHAD)

0800 hrs - Sarapan & Aktiviti Bebas

1130 hrs - Ke Majlis Persandingan (Menyambut Menantu) kepada 9W2DSD

1530 hrs - Bertolak pulang ke destinasi masing-masing.


Pihak Urusetia Program khasnya ADEC Johor Bahru dan juga wakil ADEC Kota Tinggi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua warga ham yang telah menjayakan program pada hari & malam tersebut. Semoga dengan adanya program serupa ini, akan bertambahlah keakraban sesama kita....

Sunday, November 22, 2009

Bagaimana kita sebagai warga radio amatur bersedia menghadapi bencana?

Salam perpaduan salam muhibbah kepada semua warga amatur radio.

Di sini dilampirkan satu senarai panduan keperluan yang diperlukan oleh kita bagi menghadapi bencana.

1. Alatan radio Handy / Rig

2. Antena mudah alih

3. Pekakas keperluan asas penyelengaraan radio seperti SWR meter, power supply dll

4. Pakaian dalam dan pakaian persalinan yang secukupnya sekurang-kurangnya 2 persalinan.

5. Ubatan yang sesuai : ubat penahan sakit/panadol, minyak angin, ubat kuning, plaster, dll yang sesuai/ first aid kit untuk diri sendiri.

6. Buku Nota kecil dan alat tulis yang sesuai.

7. Tag Nama / Kad keahlian / Kad Bulan Sabit Merah Malaysia

8. Makanan dan minuman untuk diri sendiri ; air mineral water 1 liter, biskut kering, mee segera dll untuk tempoh 24 jam pertama.

9. Baju Hujan

10. Pisau serbaguna , lampu suluh

11. Wang tunai untuk beli prepaid / lain-lain kegunaan dalam jumlah RM20 minimum.


JIKA ingin info lanjut boleh dapatkan serba sedikit maklumat di sini bagi pemahaman. Mungkin boleh membantu anda memahami lebih lanjut bagaimana persiapan yang patut kita adakan untuk diri sendiri dan kumpulan. Ia terkandung dalam Personal Disaster Preparedness

TETAPI kaedah dan situasi adalah berbeza-beza dan ia merubah segalanya. Jadi kita pandai sesuaikan diri bagi menghadapi sebarang situasi.

Apa yang penting adalah kerjasama dan sama-sama meningkatkan pengetahuan dan dibuat penyelarasan agar ia sekata dan terancang dengan baik. Ini menjadikan aktiviti yang kita laksanakan itu berjaya dan mencapai matamat bantuan yang hendak kita hulurkan.

Khidmat untuk masyarakat kerana masyarakat adalah kita dan kita wujud dalam masyarakat.



Bagaimana kita sebagai warga radio amatur memberikan bantuan komunikasi ketika bencana melanda?

Salam perpaduan, salam muhibbah.

Bagaimana boleh kita membantu?

Hadirkan diri ke pusat pemindahan dan laporkan diri anda kepada Pegawai Komunikasi Kecemasan Negeri yang bertugas dilokasi kejadian / pemindahan untuk mendaftar dan menjalankan tugasan / menghulurkan bantuan.

Pastikan pusat pemindahan yang dikunjungi itu adalah dalam kendalian Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Johor.

Setelah mendaftarkan diri anda, anda dikehendaki memastikan jaluran / frequensi yang hendak digunakan mengikut kesuaian anda dan pada kadar asasnya membuat pengumuman bahawa jaluran akan digunakan pada waktu kecemasan untuk penghantaran maklumat atau info ke BSMM Ng Johor.

Banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan dan ia dijalankan secara berperingkat dan satu persatu mengikut susunan yang diarahkan. Untuk pengetahuan lebih lengkap hadirkan diri anda ke Majlis-majlis atau perjumpaan ADEC Johor yang dijalankan. 

Satu sesi penerangan berkenaan SOP Komunikasi Kecemasan akan dijalankan dan dijangka pada 9 Disember 2009 jam 9 pagi di Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Johor, Jalan Bacang, Tampoi, Johor Bahru ( bersebelahan dengan Balai Polis Tampoi).

Diharap semua warga amatur akan hadir bagi penjelasan lanjut dan mendaftar sebagai ahli bulan sabit bagi melayakkan diri anda menjalankan aktiviti komunikasi kecemasan dibawah kendalian bulan sabit johor. Bukan tidak boleh tidak hadir tetapi penjelasan disini akan memastikan keseragaman bentuk komunikasi kecemasan yang akan dijalankan dan langkah-langkah yang patut diambil bagi memastikan info dan maklumat dapat disalurkan dan memberi faedah secara keseluruhannya kepada masyarakat yang menghadapi bencana. Harap dapat kerjasama dan sokongan penuh daripada semua warga Ham. 

Terima kasih atas sokongan dan bantuan yang dihulurkan.

73

GAMBAR SEKITAR BENGKEL RAE 2/2009 YANG DIJALANKAN











Bengkel RAE 2/2009 di Stadium Larkin Johor Bahru dengan kerjasama Belia 4B Johor Bahru dan Bulan Sabit Merah Johor 

Mulai 8 November 2009 sesi kelas bimbingan persediaan RAE 2/2009 dijalankan di Bilik Gerakan Belia 4B Johor Bahru pada setiap hari Ahad jam 2pm

Kelas Bimbingan akan dijalankan pada;
8 November 2009,15 November 2009,22 November 2009,29 November 2009,6 Disember 2009

Wednesday, November 11, 2009

Bengkel RAE 2/2009 di Stadium Larkin Johor Bahru dengan kerjasama Belia 4B Johor Bahru dan Bulan Sabit Merah Johor

Mulai 8 November 2009 sesi kelas bimbingan persediaan RAE 2/2009 dijalankan di Bilik Gerakan Belia 4B Johor Bahru pada setiap hari Ahad jam 2pm

Kelas Bimbingan akan dijalankan pada;

8  November 2009

15 November 2009

22 November 2009

29 November 2009

6 Disember 2009

13 Disember 2009

Kepada sesiapa yang ingin hadir belajar bersama-sama sila datang terus pada jam 2 petang tarikh berkenaan.

Yuran RM 60  dan Buku Panduan RM 10


Selamat Maju Jaya.





Sunday, November 01, 2009

MOU BSMM CNJ & ADEC JOHOR ditangguhkan atas sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan oleh BSMM CNJ. Harap Maaf. Diganti dgn. aktiviti Road Show ADEC

HARAP MAAF.

MajlisMajlis MOU ADEC Johor dengan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Johor pada 8 November 2009 ditangguhkan kepada satu masa yang ditetapkan oleh Bulan Sabit Merah pada satu masa yang ditetapkan oleh mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh BSMM Cawangan Negeri Johor.

Walaubagaimanapun Pihak ASTRA Johor telah membuat keputusan bahawa pada 8 November 2009 ini  akan diadakan juga program pengenalan radio amatur kepada warga BSMM CNJ dan juga SWAL yang akan menghadiri peperiksaan RAE 2/2009 akan datang.

Dengan itu dijemput semua untuk sama-sama memberikan semangat kepada warga radio baru dan warga BSMM CNJ ini bagiu mencapai tujuan lulus RAE 2/2009 nanti.

Berikut adalah program yang akan dilaksanakan nanti;

Tarikh: 2pm

Lokasi: Bilik Gerakan Belia 4B Johor Bahru, Stadium Larkin, Jalan Garuda, 80350 Johor Bahru.

GPS:

Tentetif program:

9 am Persiapan tempat dan pemasangan alatan radio.

10 am Sesi Jualan Peralatan  dan Road Show  oleh  ADEC Johor.

10.30 am Special 2Meter Net Local ASTRA Johor Bahru 9M4RAP Gunung Pulai.

11.30 am 2 Meter Net ASTRA Transnasional ( Linking ) 

12.30 pm Rehat & Makan Tengahari & Zohor

2.00 pm  Pendaftaran Peserta RAE 2/2009

2.30 pm Pengenalan Radio Amatur & Kod Etika

4.30pm  Minum Petang & Majlis Bersurai.

Terima kasih kerana menyokong ASTRA JOHOR.

SUMBANGAN DIALU-ALUKAN

Memandangkan ADEC JOHOR masih baru dipergiatkan semula. Maka segala-galanya dalam kekurangan terutama dari segi peralatan yang memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dipersiapkan. Oleh yang demikian adalah diharapkan kepada semua pihak yang mampu untuk menyumbang dapatlah disalurkan sumbangan kepada

ASTRA NEGERI JOHOR

28 Jalan Bayam, Kg. Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor

atau dengan menghubungi kami 


astraselatan@gmail.com 

019-2800157 9W2ALS Alias

019-7666676 9W2ZXZ Azam

013-7868112 9W2ZET Zakaria 

013-7766808 9W2PSC Armi 

bagi urusan selanjutnya.

ATAU;

Salurkan terus sumbangan anda kepada Akaun ASTRA NEGERI JOHOR, MAYBANK acc. no : 551249102773

Segala sumbangan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sumbangan anda boleh dikecualikan daripada Cukai Pendapatan.

Masyarakat Prihatin Masyarakat Maju

Segala pungutan sumbangan akan disalurkan bagi memperbaiki, memperkasakan dan  menyelenggara Pancarulang  ASTRA diseluruh negeri Johor.

SENARAI FREKUENSI ASTRA NEGERI JOHOR

CallSignDownLink
Mhz
Uplink
Mhz
Tone
Hz
Location

Elevation

9WO408147.9375147.3475103.5Gn Ledang, Johor1,276 meters
9M4RAL 146.950146.35085.4Gn Ledang, Johor1,276 meters
9MX485145.750145.15085.4Gn Pulai, Johor664 meter
9M4RAP 147.750147.15085.4Gn Pulai, Johor664 meter
9M4RAJ146.650146.050103.5Pekan Jabi100 meter
9M4RAU146.750146.150103.5Gn Busan770 meter
9M4RBN147.850 147.250 103.5 Batu Pahat200 meter

9M4RSG

147.650147.05088.5 Bdr Segamat

100 meter