ROAD SHOW ADEC

TERKINI :

Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, November 22, 2009

Bagaimana kita sebagai warga radio amatur memberikan bantuan komunikasi ketika bencana melanda?

Salam perpaduan, salam muhibbah.

Bagaimana boleh kita membantu?

Hadirkan diri ke pusat pemindahan dan laporkan diri anda kepada Pegawai Komunikasi Kecemasan Negeri yang bertugas dilokasi kejadian / pemindahan untuk mendaftar dan menjalankan tugasan / menghulurkan bantuan.

Pastikan pusat pemindahan yang dikunjungi itu adalah dalam kendalian Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Johor.

Setelah mendaftarkan diri anda, anda dikehendaki memastikan jaluran / frequensi yang hendak digunakan mengikut kesuaian anda dan pada kadar asasnya membuat pengumuman bahawa jaluran akan digunakan pada waktu kecemasan untuk penghantaran maklumat atau info ke BSMM Ng Johor.

Banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan dan ia dijalankan secara berperingkat dan satu persatu mengikut susunan yang diarahkan. Untuk pengetahuan lebih lengkap hadirkan diri anda ke Majlis-majlis atau perjumpaan ADEC Johor yang dijalankan. 

Satu sesi penerangan berkenaan SOP Komunikasi Kecemasan akan dijalankan dan dijangka pada 9 Disember 2009 jam 9 pagi di Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Johor, Jalan Bacang, Tampoi, Johor Bahru ( bersebelahan dengan Balai Polis Tampoi).

Diharap semua warga amatur akan hadir bagi penjelasan lanjut dan mendaftar sebagai ahli bulan sabit bagi melayakkan diri anda menjalankan aktiviti komunikasi kecemasan dibawah kendalian bulan sabit johor. Bukan tidak boleh tidak hadir tetapi penjelasan disini akan memastikan keseragaman bentuk komunikasi kecemasan yang akan dijalankan dan langkah-langkah yang patut diambil bagi memastikan info dan maklumat dapat disalurkan dan memberi faedah secara keseluruhannya kepada masyarakat yang menghadapi bencana. Harap dapat kerjasama dan sokongan penuh daripada semua warga Ham. 

Terima kasih atas sokongan dan bantuan yang dihulurkan.

73

No comments:

Post a Comment

SUMBANGAN DIALU-ALUKAN

Memandangkan ADEC JOHOR masih baru dipergiatkan semula. Maka segala-galanya dalam kekurangan terutama dari segi peralatan yang memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dipersiapkan. Oleh yang demikian adalah diharapkan kepada semua pihak yang mampu untuk menyumbang dapatlah disalurkan sumbangan kepada

ASTRA NEGERI JOHOR

28 Jalan Bayam, Kg. Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor

atau dengan menghubungi kami 


astraselatan@gmail.com 

019-2800157 9W2ALS Alias

019-7666676 9W2ZXZ Azam

013-7868112 9W2ZET Zakaria 

013-7766808 9W2PSC Armi 

bagi urusan selanjutnya.

ATAU;

Salurkan terus sumbangan anda kepada Akaun ASTRA NEGERI JOHOR, MAYBANK acc. no : 551249102773

Segala sumbangan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sumbangan anda boleh dikecualikan daripada Cukai Pendapatan.

Masyarakat Prihatin Masyarakat Maju

Segala pungutan sumbangan akan disalurkan bagi memperbaiki, memperkasakan dan  menyelenggara Pancarulang  ASTRA diseluruh negeri Johor.

SENARAI FREKUENSI ASTRA NEGERI JOHOR

CallSignDownLink
Mhz
Uplink
Mhz
Tone
Hz
Location

Elevation

9WO408147.9375147.3475103.5Gn Ledang, Johor1,276 meters
9M4RAL 146.950146.35085.4Gn Ledang, Johor1,276 meters
9MX485145.750145.15085.4Gn Pulai, Johor664 meter
9M4RAP 147.750147.15085.4Gn Pulai, Johor664 meter
9M4RAJ146.650146.050103.5Pekan Jabi100 meter
9M4RAU146.750146.150103.5Gn Busan770 meter
9M4RBN147.850 147.250 103.5 Batu Pahat200 meter

9M4RSG

147.650147.05088.5 Bdr Segamat

100 meter