ROAD SHOW ADEC

TERKINI :

Grab the widget  IWeb Gator

Showing posts with label ROAD SHOW ADEC JOHOR. Show all posts
Showing posts with label ROAD SHOW ADEC JOHOR. Show all posts

Saturday, August 07, 2010

PAMERAN RADIO AMATUR DI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MERSING JOHOR






PAMERAN RADIO AMATUR SEMPENA 100 THN SEKOLAH BANDAR MERSING, JOHOR

Keberangkatan


DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK
JOHOR DARUL TA'ZIM

BERKENAN MERASMIKAN SAMBUTAN 100 TAHUN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MERSING

PADA
AHAD 8 HB. OGOS 2010
BERSAMAAN 27 SYA’BAN 1431H

Sunday, April 18, 2010

Road Show 2010 - KARNIVAL JOM CENTER PASIR GUDANG 17&18/4/2010

terima kasih atas segala sokongan dan kerjasama semua yang menjayakan pameran tersebut secara langsung atau tidak langsung.

tahniah atas usaha yang berterusan kita akan terus maju.

* gambar akan diupload nanti.

Sunday, November 01, 2009

MOU BSMM CNJ & ADEC JOHOR ditangguhkan atas sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan oleh BSMM CNJ. Harap Maaf. Diganti dgn. aktiviti Road Show ADEC

HARAP MAAF.

MajlisMajlis MOU ADEC Johor dengan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Johor pada 8 November 2009 ditangguhkan kepada satu masa yang ditetapkan oleh Bulan Sabit Merah pada satu masa yang ditetapkan oleh mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh BSMM Cawangan Negeri Johor.

Walaubagaimanapun Pihak ASTRA Johor telah membuat keputusan bahawa pada 8 November 2009 ini  akan diadakan juga program pengenalan radio amatur kepada warga BSMM CNJ dan juga SWAL yang akan menghadiri peperiksaan RAE 2/2009 akan datang.

Dengan itu dijemput semua untuk sama-sama memberikan semangat kepada warga radio baru dan warga BSMM CNJ ini bagiu mencapai tujuan lulus RAE 2/2009 nanti.

Berikut adalah program yang akan dilaksanakan nanti;

Tarikh: 2pm

Lokasi: Bilik Gerakan Belia 4B Johor Bahru, Stadium Larkin, Jalan Garuda, 80350 Johor Bahru.

GPS:

Tentetif program:

9 am Persiapan tempat dan pemasangan alatan radio.

10 am Sesi Jualan Peralatan  dan Road Show  oleh  ADEC Johor.

10.30 am Special 2Meter Net Local ASTRA Johor Bahru 9M4RAP Gunung Pulai.

11.30 am 2 Meter Net ASTRA Transnasional ( Linking ) 

12.30 pm Rehat & Makan Tengahari & Zohor

2.00 pm  Pendaftaran Peserta RAE 2/2009

2.30 pm Pengenalan Radio Amatur & Kod Etika

4.30pm  Minum Petang & Majlis Bersurai.

Terima kasih kerana menyokong ASTRA JOHOR.

Monday, August 10, 2009

Sekitar Road show ADEC Johor di Danga Bay JB

Tahniah semua petugas! teruskan usaha murni anda memperkenalkan Radio Amator kepada masyarakat.

Tahniah! 9 orang warga baru Astra, Ceria Bersama Astra.



Terima kasih  YB Datuk Abd Halim bin Sulaiman ADUN Tebrau, Johor yang sudi menjengah dan menandatangani buku pelawat kami. Terima kasih juga atas sokongan yang diberikan. 


Gambar beramai-ramai peserta daripada Batam, Indonesia yang bersama menjayakan program Karnival Permotoran Belia Ng Johor. Syabas.




9W2RLW menerangkan kepada 2 rakan baru astra berkenaan kedudukan Malaysia di World Map Radio Amatuer dan maklumat asas radio amator yang patut diketahui.














Sesi penerangan one to one bagi pengendalian alatan radas kepada rakan baru. 

Kami warga ASTRA JOHOR sedia untuk datang ke lokasi anda bagi menberikan info lengkap radio amatur tanpa sebarang bayran dikenakan. PERCUMA.

Jemputlah kami, sebulan / 2 minggu lebih awal agar dapat disiapkan semua petugas-petugas serta komitmen yang berikan tanpa berbelah bahagi.












Astra Johor tengah berusaha menyiapkan sebuah buku panduan ringkas dan lengkap berkaitan Radio Amatur bagi kegunaan semua peminat dan juga mayarakat yang ingin mengenali Radio Amatur.







Tuesday, July 28, 2009

Road Show ADEC Johor, di Danga Bay, JB

Road Show ADEC JOHOR 

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Tarikh : 8 hingga 9 OGOS 2009, Sabtu & Ahad
8.30 pagi hingga 6.30 petang

Tempat : Danga Bay, Johor Bahru
Karnival Belia Permotoran Johor
Road Show ADEC JOHOR

Visi:

Pendedahan kepada masyarakat umum tentang kepentingan Komunikasi Kecemasan & Pengenalan Radio Amatur

Misi 

Memberikan panduan yang jelas kepada masyarakat kaedah menangani situasi kecemasan.

Mewujudkan komuniti setempat agar mempunyai jaringan komunikasi kecemasan tersendiri dengan peralatan yang murah seperti konsep FRS (Family Radio Service) atau GMRS (General Mobile Radio Service) yang dibenarkan.

AJK Pelaksana

AJK ASTRA JOHOR BAHRU

9W2PSC,9W2ZXZ,9W2HAA,9W2ZET,9W2LYY, 9W2RLW dll

serta SEMUA WARGA HAM SERTA SWL



Friday, July 24, 2009

ADEC JOHOR Di Batu Pahat... SEMPENA PAMERAN RAKAN MUDA BERSAMA RADIO AMATUR PENGAKAP JOHOR


TAHNIAH.... kepada semua warga HAM BATU PAHAT dan sekitaran kerana dengan sokongan serta kesungguhan yang tinggi menjayakan pameran yang dianjurkan oleh Rakan Muda Batu Pahat.

Kami Warga Astra Johor berbangga dapat bersama anda di sana dan gembira dapat bersama-sama menjayakan program tersebut. 




Bagaimana boleh saya bersama ADEC JOHOR?






Salam hormat, salam sejahtera.

Satu persoalan ditimbulkan oleh pelbagai pihak berkenaan bagaimana boleh mereka menyertai dan menyumbang tenaga dalam komunikasi kecemasan yang dilaksanakan oleh ADEC Johor.

Penjelasan yang ringkas dan mudah.

Penyertaan bersama ADEC Johor boleh berlaku dengan sukarela dan boleh mendaftar nama kepada ASTRA JOHOR untuk disenaraikan kedalam kumpulan.

Langkah pertama telah diambil disusuli dengan menjadi ahli ASTRA. Keahlian ASTRA terbuka kepada semua mengikut tatacara yang sesuai mengikut perlembagaan pertubuhan. Sila rujuk laman http://astra.org.my clik pada keahlian. Di situ diterangkan secara jelas bagaimana anda boleh bersama kami.

ADEC JOHOR mengambil langkah memperkasakan dan menyampaikan wadah komunikasi kecemasan amat diperlukan waktu getir dan waktu bencana berlaku. Ia berlangsung secara sukarela atas dasar keperluan masyarakat dapat dipenuhi demi keselamatan dan kebajikan bersama.

ADEC JOHOR maju selangkah lagi.

Mari bersama kami bagi menjayakan hasrat murni ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang membantu sepanjang proses pameran di SMK Parit Betak,Benut, Pontian, Johor samada secara langsung atau tidak langsung.

Kami berbangga dengan sambutan adik-adik di sekolah berkenaan, termasuklah para pengunjung pameran serta warga guru sekolah yang betul-betul berminat dalam mendalami dan memahami apakah itu radio amatur. Tahniah kepada petugas-petugas sukarelawan ADEC JOHOR.

SELAMAT MAJU JAYA.

BERSATU MAJU, BERTAMBAH MUTU.

73

SUMBANGAN DIALU-ALUKAN

Memandangkan ADEC JOHOR masih baru dipergiatkan semula. Maka segala-galanya dalam kekurangan terutama dari segi peralatan yang memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dipersiapkan. Oleh yang demikian adalah diharapkan kepada semua pihak yang mampu untuk menyumbang dapatlah disalurkan sumbangan kepada

ASTRA NEGERI JOHOR

28 Jalan Bayam, Kg. Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor

atau dengan menghubungi kami 


astraselatan@gmail.com 

019-2800157 9W2ALS Alias

019-7666676 9W2ZXZ Azam

013-7868112 9W2ZET Zakaria 

013-7766808 9W2PSC Armi 

bagi urusan selanjutnya.

ATAU;

Salurkan terus sumbangan anda kepada Akaun ASTRA NEGERI JOHOR, MAYBANK acc. no : 551249102773

Segala sumbangan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sumbangan anda boleh dikecualikan daripada Cukai Pendapatan.

Masyarakat Prihatin Masyarakat Maju

Segala pungutan sumbangan akan disalurkan bagi memperbaiki, memperkasakan dan  menyelenggara Pancarulang  ASTRA diseluruh negeri Johor.

SENARAI FREKUENSI ASTRA NEGERI JOHOR

CallSignDownLink
Mhz
Uplink
Mhz
Tone
Hz
Location

Elevation

9WO408147.9375147.3475103.5Gn Ledang, Johor1,276 meters
9M4RAL 146.950146.35085.4Gn Ledang, Johor1,276 meters
9MX485145.750145.15085.4Gn Pulai, Johor664 meter
9M4RAP 147.750147.15085.4Gn Pulai, Johor664 meter
9M4RAJ146.650146.050103.5Pekan Jabi100 meter
9M4RAU146.750146.150103.5Gn Busan770 meter
9M4RBN147.850 147.250 103.5 Batu Pahat200 meter

9M4RSG

147.650147.05088.5 Bdr Segamat

100 meter