Biro Astra's Disaster & Emergency Communication(ADEC)
Pengenalan
ADEC adalah sebuah biro yang ditubuhkan dibawah ASTRA dengan matlamat menyediakan kemudahan jaringan komunikasi ketika waktu kecemasan. Jaringan komunikasi ini boleh dicapai/dipancarkan melalui Jaringan Pancarulang ASTRA dan Pancar Ulang Tempatan yang mempunyai kawasan liputan hampir keseluruh Negeri Johor dan amnya seluruh Semenanjung Malaysia. Atas dasar itu, ADEC ditubuhkan bagi memberikan khidmat masyarakat pada ketika masyarakat memerlukan bantuan disaat getir dan kecemasan akibat daripada kejadian yang tidak diduga. Memandangkan atas keperluan sebenar dan keperluan waktu getir perlu dipersediakan dan dipersiapkan dengan segera bagi memastikan masyarakat mendapat faedah hasil daripada hobi berkomunikasi menggunakan radio.
Visi
Untuk menjadi sebuah Unit Komunikasi Kecemasan yang profesional diperingkat Negeri Johor
Misi
Menyediakan kemudahan dan persediaan Jaringan Komunikasi Kecemasan (LINK EmComm) kepada pihak berwajib atau masyarakat yang terlibat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAREX).
Tujuan/ Objektif utama
- Memantapkan pengurusan krisis dan bencana serta operasi menyelamat bersama pihak berwajib atau masyarakat; dan
- Meningkatkan penglibatan ahli sebagai sukarelawan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAREX) mangsa bencana; dan
- Mewujudkan kumpulan EmComm yang berpengetahuan dan bersedia; dan
- Menyediakan kumpulan petugas komunikasi kecemasan yang berpengetahuan dan bersedia berkhidmat bakti untuk masyarakat dan Negara; dan
- Menyediakan flatform kursus & latihan bagi melatih warga masyarakat mengenai komunikasi kecemasan.
Slogan
'Menyelamat Melalui Komunikasi'
Ahli Pengurusan Biro ADEC JOHOR
Commander Astra Pusat 9W2ZT
Assitant Commader Pengurus Astra Negeri 9W2ALS
Timbalan Pengurus Astra Negeri 9W2ZXZ
Troop Pengurus Astra Daerah
- Pengurus Astra Daerah Johor Bahru
- Pengurus Astra Daerah Segamat
- Pengurus Astra Daerah Kluang
- Pengurus Astra Daerah Batu Pahat
- Pengurus Astra Daerah Muar
- Pengurus Astra Daerah Mersing
Platoon Ketua Platoon Johor Bahru
- Ketua Platoon Kota Tinggi
- Ketua Platoon Mersing
- Ketua Platoon Kluang
- Ketua Platoon Segamat
- Ketua Platoon Muar
- Ketua Platoon Batu Pahat
- Ketua Platoon Pontian
- Ketua Platoon Kulai
Setiap Platoon dianggotai minimum 10 org anggota
Tugasan Biro
- Merancang dan melaksanakan segala perkara yang diputuskan berdasarkan kesesuaian keadaan semasa.
- Menjalankan Kursus Asas EmComm dengan kerjasama Biro Aktiviti & Ekonomi
- Menjalankan Seminar dan pendedahan kepada awam berhubung keperluan komunikasi kecemasan.
- Menjalankan Kursus & Latihan EmComm dengan kerjasama Biro Aktiviti & Ekonomi
- Menjalankan aktiviti Komunikasi Kecemasan disetiap ketika yang diperlukan kepada pihak berwajib ataupun kepada masyarakat.
- Membuat Laporan Aktiviti yang dijalankan.
- Membuat Budget Belanjawan
- Membuat Budget Keperluan Peralatan /Barangan
- Mengeluarkan Sijil Penyertaan / Penghargaan
Sumbangan
Memandangkan ADEC JOHOR masih baru dipergiatkan semula. Maka segala-galanya dalam kekurangan terutama dari segi peralatan yang memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dipersiapkan. Oleh yang demikian adalah diharapkan kepada semua pihak yang mampu untuk menyumbang dapatlah disalurkan sumbangan kepada ASTRA JOHOR dengan menghubungi kami
astraselatan@gmail.com
019-2800157 9W2ALS Alias
019-7666676 9W2ZXZ Azam
013-7868112 9W2ZET Zakaria
013-7766808 9W2PSC Armi
bagi urusan selanjutnya.
Segala sumbangan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Masyarakat Prihatin Masyarakat Maju
Menyelamat Melalui Udara
No comments:
Post a Comment