ROAD SHOW ADEC

TERKINI :

Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, November 22, 2009

Bagaimana kita sebagai warga radio amatur bersedia menghadapi bencana?

Salam perpaduan salam muhibbah kepada semua warga amatur radio.

Di sini dilampirkan satu senarai panduan keperluan yang diperlukan oleh kita bagi menghadapi bencana.

1. Alatan radio Handy / Rig

2. Antena mudah alih

3. Pekakas keperluan asas penyelengaraan radio seperti SWR meter, power supply dll

4. Pakaian dalam dan pakaian persalinan yang secukupnya sekurang-kurangnya 2 persalinan.

5. Ubatan yang sesuai : ubat penahan sakit/panadol, minyak angin, ubat kuning, plaster, dll yang sesuai/ first aid kit untuk diri sendiri.

6. Buku Nota kecil dan alat tulis yang sesuai.

7. Tag Nama / Kad keahlian / Kad Bulan Sabit Merah Malaysia

8. Makanan dan minuman untuk diri sendiri ; air mineral water 1 liter, biskut kering, mee segera dll untuk tempoh 24 jam pertama.

9. Baju Hujan

10. Pisau serbaguna , lampu suluh

11. Wang tunai untuk beli prepaid / lain-lain kegunaan dalam jumlah RM20 minimum.


JIKA ingin info lanjut boleh dapatkan serba sedikit maklumat di sini bagi pemahaman. Mungkin boleh membantu anda memahami lebih lanjut bagaimana persiapan yang patut kita adakan untuk diri sendiri dan kumpulan. Ia terkandung dalam Personal Disaster Preparedness

TETAPI kaedah dan situasi adalah berbeza-beza dan ia merubah segalanya. Jadi kita pandai sesuaikan diri bagi menghadapi sebarang situasi.

Apa yang penting adalah kerjasama dan sama-sama meningkatkan pengetahuan dan dibuat penyelarasan agar ia sekata dan terancang dengan baik. Ini menjadikan aktiviti yang kita laksanakan itu berjaya dan mencapai matamat bantuan yang hendak kita hulurkan.

Khidmat untuk masyarakat kerana masyarakat adalah kita dan kita wujud dalam masyarakat.



2 comments:

  1. http://www.ncarrl.org/ares/prepare.html

    bagaimana kita menyiapkan diri dengan pengetahuan bencana.

    ReplyDelete
  2. hadir pada 9 disember 2009
    Pejabat bulan sabit merah malaysia cawangan johor
    taklimat pengurusan komunikasi kecemasan bersama adec johor
    Percuma.

    ReplyDelete

SUMBANGAN DIALU-ALUKAN

Memandangkan ADEC JOHOR masih baru dipergiatkan semula. Maka segala-galanya dalam kekurangan terutama dari segi peralatan yang memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dipersiapkan. Oleh yang demikian adalah diharapkan kepada semua pihak yang mampu untuk menyumbang dapatlah disalurkan sumbangan kepada

ASTRA NEGERI JOHOR

28 Jalan Bayam, Kg. Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor

atau dengan menghubungi kami 


astraselatan@gmail.com 

019-2800157 9W2ALS Alias

019-7666676 9W2ZXZ Azam

013-7868112 9W2ZET Zakaria 

013-7766808 9W2PSC Armi 

bagi urusan selanjutnya.

ATAU;

Salurkan terus sumbangan anda kepada Akaun ASTRA NEGERI JOHOR, MAYBANK acc. no : 551249102773

Segala sumbangan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sumbangan anda boleh dikecualikan daripada Cukai Pendapatan.

Masyarakat Prihatin Masyarakat Maju

Segala pungutan sumbangan akan disalurkan bagi memperbaiki, memperkasakan dan  menyelenggara Pancarulang  ASTRA diseluruh negeri Johor.

SENARAI FREKUENSI ASTRA NEGERI JOHOR

CallSignDownLink
Mhz
Uplink
Mhz
Tone
Hz
Location

Elevation

9WO408147.9375147.3475103.5Gn Ledang, Johor1,276 meters
9M4RAL 146.950146.35085.4Gn Ledang, Johor1,276 meters
9MX485145.750145.15085.4Gn Pulai, Johor664 meter
9M4RAP 147.750147.15085.4Gn Pulai, Johor664 meter
9M4RAJ146.650146.050103.5Pekan Jabi100 meter
9M4RAU146.750146.150103.5Gn Busan770 meter
9M4RBN147.850 147.250 103.5 Batu Pahat200 meter

9M4RSG

147.650147.05088.5 Bdr Segamat

100 meter