ROAD SHOW ADEC
Sunday, April 18, 2010
RAE- Kelas Persediaan RAE
Friday, January 22, 2010
Sunday, November 22, 2009
GAMBAR SEKITAR BENGKEL RAE 2/2009 YANG DIJALANKAN
Bengkel RAE 2/2009 di Stadium Larkin Johor Bahru dengan kerjasama Belia 4B Johor Bahru dan Bulan Sabit Merah Johor
Mulai 8 November 2009 sesi kelas bimbingan persediaan RAE 2/2009 dijalankan di Bilik Gerakan Belia 4B Johor Bahru pada setiap hari Ahad jam 2pm
Kelas Bimbingan akan dijalankan pada;
8 November 2009,15 November 2009,22 November 2009,29 November 2009,6 Disember 2009
Wednesday, November 11, 2009
Bengkel RAE 2/2009 di Stadium Larkin Johor Bahru dengan kerjasama Belia 4B Johor Bahru dan Bulan Sabit Merah Johor
Mulai 8 November 2009 sesi kelas bimbingan persediaan RAE 2/2009 dijalankan di Bilik Gerakan Belia 4B Johor Bahru pada setiap hari Ahad jam 2pm
Kelas Bimbingan akan dijalankan pada;
8 November 2009
15 November 2009
22 November 2009
29 November 2009
6 Disember 2009
13 Disember 2009
Kepada sesiapa yang ingin hadir belajar bersama-sama sila datang terus pada jam 2 petang tarikh berkenaan.
Yuran RM 60 dan Buku Panduan RM 10
Selamat Maju Jaya.
Thursday, August 27, 2009
ADEC berkerjasama dengan PBSM JOHOR dalam menyediakan Unit Komunikasi Kecemasan PBSM JOHOR
Astra Johor telah mendapat kebenaran daripada ASTRA pusat untuk bersama membantu PBSM Johor dalam menyiapkan Unit Komunikasi Kecemasan PBSM Johor. Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Penyelarasan ASTRA Johor yang berlangsung di Segamat, 25 Julai 2009 yang lalu memutuskan bahawa;
ASTRA JOHOR sebulat suara bersetuju bergabung dengan PBSM Johor dalam usaha kearah meningkatkan keberkesanan Komunikasi Kecemasan Bencana. ADEC Johor akan menjalankan tugas dengan mengetuai unit ini. Sehubungan dengan itu diharap sokongan padu daripada semua warga amator dasn masyarakat dalam membentuk pasukan komunikasi yang lebih mantap.
PBSM Johor bersetuju menganjurkan Kelas Persediaan RAE 2/2009 bagi memastikan warga PBSM Johor atau masyarakat setempat mendapatkan panduan dan pengetahuan bagi persiapan menghadapi RAE akan datang.
Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menghadiri kursus berkenaan hendaklah mendaftarkan nama dan alamat anda kepada ;
019-7666676 / 013-78681122 / 019-2800157 / 019-7824441 / 013-7766808
dengan kadar segera. Kelas akan dilakukan bermula pada 4-10-2009 , Ahad , bertempat di Wisma PBSM Johor, Jalan Bacang, Tampoi, Johor Bahru. Bersebelahan dengan Balai Polis Tampoi / Pusat Latihan Polis Marin Tampoi.
Tempat adalah terhad.
Kursus-kursus berkaitan dengan Komunkasi kecemasan juga akan dijalankan oleh PBSM Johor dalam menyiapkan kumpulan unit komunikasi kecemasan ini ldari masa ke semasa.
SUMBANGAN DIALU-ALUKAN
Memandangkan ADEC JOHOR masih baru dipergiatkan semula. Maka segala-galanya dalam kekurangan terutama dari segi peralatan yang memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dipersiapkan. Oleh yang demikian adalah diharapkan kepada semua pihak yang mampu untuk menyumbang dapatlah disalurkan sumbangan kepada
ASTRA NEGERI JOHOR
28 Jalan Bayam, Kg. Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
atau dengan menghubungi kami
astraselatan@gmail.com
019-2800157 9W2ALS Alias
019-7666676 9W2ZXZ Azam
013-7868112 9W2ZET Zakaria
013-7766808 9W2PSC Armi
bagi urusan selanjutnya.
ATAU;
Salurkan terus sumbangan anda kepada Akaun ASTRA NEGERI JOHOR, MAYBANK acc. no : 551249102773
Segala sumbangan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.Sumbangan anda boleh dikecualikan daripada Cukai Pendapatan.
Segala pungutan sumbangan akan disalurkan bagi memperbaiki, memperkasakan dan menyelenggara Pancarulang ASTRA diseluruh negeri Johor.
SENARAI FREKUENSI ASTRA NEGERI JOHOR
CallSign | DownLink Mhz | Uplink Mhz | Tone Hz | Location | Elevation |
9WO408 | 147.9375 | 147.3475 | 103.5 | Gn Ledang, Johor | 1,276 meters |
9M4RAL | 146.950 | 146.350 | 85.4 | Gn Ledang, Johor | 1,276 meters |
9MX485 | 145.750 | 145.150 | 85.4 | Gn Pulai, Johor | 664 meter |
9M4RAP | 147.750 | 147.150 | 85.4 | Gn Pulai, Johor | 664 meter |
9M4RAJ | 146.650 | 146.050 | 103.5 | Pekan Jabi | 100 meter |
9M4RAU | 146.750 | 146.150 | 103.5 | Gn Busan | 770 meter |
9M4RBN | 147.850 | 147.250 | 103.5 | Batu Pahat | 200 meter |
9M4RSG | 147.650 | 147.050 | 88.5 | Bdr Segamat | 100 meter |