ROAD SHOW ADEC

TERKINI :

Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, December 27, 2009

PASUKAN RADIO AMATUR BENCANA DAN KOMUNIKASI KECEMASAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CAWANGAN NEGERI JOHOR (ADEC BSMM CNJ)

Dengan segala hormatnya, semua warga ham adalah dipersilakan untuk menghadiri ke Majlis Perasmian Penubuhan;

PASUKAN RADIO AMATUR BENCANA DAN KOMUNIKASI KECEMASAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CAWANGAN NEGERI JOHOR (ADEC BSMM CNJ)

Ianya akan dirasmikan oleh YB Tuan Haji Md Jais bin Haji Sarday (Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Johor) pada;-

Tarikh : 03 Januari 2010 (Ahad)
Masa : 0900hrs - 1600hrs
Tempat : Ibu Pejabat BSMM Cawangan Negeri Johor
No 30, Jalan Bacang, Tampoi (Sebelah Balai Polis Tampoi) Johor Bahru.
Log/Lat : N 1.29.37.43 E 103.42.10.32

ATURCARA PROGRAM

0900hrs - Pendaftaran Keahlian/kehadiran
0945hrs - Ketibaan YB Tuan Haji Md Jais bin Haji Sarday
Pengerusi BSMM Cawangan Negeri Johor
1000hrs - Bacaan Doa
1015hrs - Ucapan Aluan oleh Encik Tahir bin Ahmad, Pengarah BSMM Cawangan Negeri Johor
1030hrs - Ucapan oleh Ketua ADEC Negeri Johor
10:45hrs - Ucapan Perasmian Sempena Penubuhan
Pasukan Radio Amatur Bencana dan Komunikasi Kecemasan
BSMM Cawangan Negeri Johor oleh;
YB Tuan Haji Md Jais bin Haji Sarday
Pengerusi BSMM Cawangan Negeri Johor
1115hrs - Penyampaian Kad Keahlian Pasukan
1200hrs - Sidang Akhbar/Jamuan

1400hrs - Majlis Taklimat "PERANAN AHLI PASUKAN RADIO AMATUR DALAM MENGHADAPI BENCANA/KOMUNIKASI KECEMASAN" oleh
Pengarah SKMM Cawangan Negeri Johor
1500hrs - Taklimat "PERANAN BSMM DALAM BANTUAN BENCANA" oleh
Pengarah JKM Negeri Johor
1600hrs - Pameran Gerai Radio Amatur & Bersurai

Semua dijemput hadir dan marilah bersama menjayakannya.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi
9W2ZXZ@gmail.com atau astraselatan@gmail.com
En Kaman Othman 012-7395925
Encik Azam (9W2ZXZ) 019-7666676
dan wakil-wakil Astra Johor di seluruh daerah negeri Johor.



73

Wednesday, December 16, 2009

ANDA INGIN MEMBANTU ATAU HULURKAN BANTUAN? ATAU SEKADAR MELIHAT ATAU BERDOA SAHAJA?

SO YOU WANT TO HELP?
RACES BULLETIN 230, 1992

You want to help as an Amateur Radio operator in an emergency.
That's great. Sometimes that help is needed, sometimes not.

Here's a typical comparison:

It IS needed if you:

1. know/are trained in the ICS
2. know and understand Prowords
3. understand/use tactical calls
4. are service-to-others oriented
5. know tactical/FCC identification
6. are talented net control operator
7. are experienced traffic handler
8. can take directions amiably
9. can work with others under stress
10. willing to go where assigned
11. willing to respond as called
12. willing to learn/change

It is NOT needed if you:

1. don't know Incident Command System
2. didn't learn the Prowords
3. don't like or use tactical calls
4. are ego driven w/your own agenda
5. overly & unnecessarily identify
6. have no net operating experience
7. don't like to handle traffic
8. resist direction / insist your way
9. have difficulty working w/others
10. don't want to leave home
11. only serve at your convenience
12. not willing to learn and change

Obviously, there can be exceptions. An example is #9 above. A hermit, skilled in other areas, might be an excellent remote relay station operator if there are no others with whom he might have difficulty with at his location. There are many other areas of comparison, but the above is worth considering in relation to your ideas of emergency communications.

Cary Mangum, W6WWW.

Monday, December 07, 2009

Pelancaran & Perasmian Pasukan Komunikasi Kecemasan 27 Disember 2009

Pihak Bulan Sabit Merah Caw. Johor menyatakan tarikh 27 Disember 2009 akan dijalankan satu majlis perasmian dan pelancaran pasukan komunikasi kecemasan yang mana anggota ADEC akan bersama-sama BSMM Caw Johor membantu menjalankan aktiviti komunikasi kecemasan untuk BSMM Caw Johor.

Majlis akan berlangsung jam 2 pm
Dijangkakan perasmian akan dilaksanakan oleh Pengerusi BSMM Caw Ng Johor. YB Hj Jais Sarday Exco Belia dan Sukan Ng Johor.

Oleh yang demikian diharap pihak semua anggota ADEC dapat menghadirkan diri pada tarikh tersebut.

Bagi Aggota ADEC akan dibekalkan satu buku panduan komunkasi kecemasan untuk rujukan pada tarikh berkenaan bagi memudahkan dan menyelaras kaedah komunikasi yang akan dijalankan nanti.

Satu sesi taklimat juga akan dijalankan pada tarikh tersebut.

Harap semua maklum.

73

Sunday, November 29, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1430 pada 28 hingga 29 November 2009

Alhamdullilah...Berkat kerjasama dan sokongan kuat yang telah diberikan oleh beberapa ahli ADEC Johor, program Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha telahpun berjaya diadakan pada 28 hingga 29 November 2009 bertempat di Pantai Mutiara Bay (berhadapan dengan kediaman 9W2DSD - Pak Din Batu Layar). Ianya diadakan telah diadakan sebagaimana aturcara berikut;-


28 hb November 2009

1930 hrs - Ketibaan jemputan & rakan-rakan ham


2115 hrs - Solat Isyak beramai-ramai


2130 hrs - Bacaan Yassin dan Tahlil


2245 hrs - Jamuan yang disediakan oleh 9W2DSD


2300 hrs - Acara Masak secara Barbeque oleh warga ham. Di antara menu-menunya ialah hot dog, burger ayam & daging, ikan caru & pari.


2400 hrs - Bermalam


29hb November 2009 (AHAD)

0800 hrs - Sarapan & Aktiviti Bebas

1130 hrs - Ke Majlis Persandingan (Menyambut Menantu) kepada 9W2DSD

1530 hrs - Bertolak pulang ke destinasi masing-masing.


Pihak Urusetia Program khasnya ADEC Johor Bahru dan juga wakil ADEC Kota Tinggi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua warga ham yang telah menjayakan program pada hari & malam tersebut. Semoga dengan adanya program serupa ini, akan bertambahlah keakraban sesama kita....

Sunday, November 22, 2009

Bagaimana kita sebagai warga radio amatur bersedia menghadapi bencana?

Salam perpaduan salam muhibbah kepada semua warga amatur radio.

Di sini dilampirkan satu senarai panduan keperluan yang diperlukan oleh kita bagi menghadapi bencana.

1. Alatan radio Handy / Rig

2. Antena mudah alih

3. Pekakas keperluan asas penyelengaraan radio seperti SWR meter, power supply dll

4. Pakaian dalam dan pakaian persalinan yang secukupnya sekurang-kurangnya 2 persalinan.

5. Ubatan yang sesuai : ubat penahan sakit/panadol, minyak angin, ubat kuning, plaster, dll yang sesuai/ first aid kit untuk diri sendiri.

6. Buku Nota kecil dan alat tulis yang sesuai.

7. Tag Nama / Kad keahlian / Kad Bulan Sabit Merah Malaysia

8. Makanan dan minuman untuk diri sendiri ; air mineral water 1 liter, biskut kering, mee segera dll untuk tempoh 24 jam pertama.

9. Baju Hujan

10. Pisau serbaguna , lampu suluh

11. Wang tunai untuk beli prepaid / lain-lain kegunaan dalam jumlah RM20 minimum.


JIKA ingin info lanjut boleh dapatkan serba sedikit maklumat di sini bagi pemahaman. Mungkin boleh membantu anda memahami lebih lanjut bagaimana persiapan yang patut kita adakan untuk diri sendiri dan kumpulan. Ia terkandung dalam Personal Disaster Preparedness

TETAPI kaedah dan situasi adalah berbeza-beza dan ia merubah segalanya. Jadi kita pandai sesuaikan diri bagi menghadapi sebarang situasi.

Apa yang penting adalah kerjasama dan sama-sama meningkatkan pengetahuan dan dibuat penyelarasan agar ia sekata dan terancang dengan baik. Ini menjadikan aktiviti yang kita laksanakan itu berjaya dan mencapai matamat bantuan yang hendak kita hulurkan.

Khidmat untuk masyarakat kerana masyarakat adalah kita dan kita wujud dalam masyarakat.



Bagaimana kita sebagai warga radio amatur memberikan bantuan komunikasi ketika bencana melanda?

Salam perpaduan, salam muhibbah.

Bagaimana boleh kita membantu?

Hadirkan diri ke pusat pemindahan dan laporkan diri anda kepada Pegawai Komunikasi Kecemasan Negeri yang bertugas dilokasi kejadian / pemindahan untuk mendaftar dan menjalankan tugasan / menghulurkan bantuan.

Pastikan pusat pemindahan yang dikunjungi itu adalah dalam kendalian Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Johor.

Setelah mendaftarkan diri anda, anda dikehendaki memastikan jaluran / frequensi yang hendak digunakan mengikut kesuaian anda dan pada kadar asasnya membuat pengumuman bahawa jaluran akan digunakan pada waktu kecemasan untuk penghantaran maklumat atau info ke BSMM Ng Johor.

Banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan dan ia dijalankan secara berperingkat dan satu persatu mengikut susunan yang diarahkan. Untuk pengetahuan lebih lengkap hadirkan diri anda ke Majlis-majlis atau perjumpaan ADEC Johor yang dijalankan. 

Satu sesi penerangan berkenaan SOP Komunikasi Kecemasan akan dijalankan dan dijangka pada 9 Disember 2009 jam 9 pagi di Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Johor, Jalan Bacang, Tampoi, Johor Bahru ( bersebelahan dengan Balai Polis Tampoi).

Diharap semua warga amatur akan hadir bagi penjelasan lanjut dan mendaftar sebagai ahli bulan sabit bagi melayakkan diri anda menjalankan aktiviti komunikasi kecemasan dibawah kendalian bulan sabit johor. Bukan tidak boleh tidak hadir tetapi penjelasan disini akan memastikan keseragaman bentuk komunikasi kecemasan yang akan dijalankan dan langkah-langkah yang patut diambil bagi memastikan info dan maklumat dapat disalurkan dan memberi faedah secara keseluruhannya kepada masyarakat yang menghadapi bencana. Harap dapat kerjasama dan sokongan penuh daripada semua warga Ham. 

Terima kasih atas sokongan dan bantuan yang dihulurkan.

73

GAMBAR SEKITAR BENGKEL RAE 2/2009 YANG DIJALANKAN











Bengkel RAE 2/2009 di Stadium Larkin Johor Bahru dengan kerjasama Belia 4B Johor Bahru dan Bulan Sabit Merah Johor 

Mulai 8 November 2009 sesi kelas bimbingan persediaan RAE 2/2009 dijalankan di Bilik Gerakan Belia 4B Johor Bahru pada setiap hari Ahad jam 2pm

Kelas Bimbingan akan dijalankan pada;
8 November 2009,15 November 2009,22 November 2009,29 November 2009,6 Disember 2009

Wednesday, November 11, 2009

Bengkel RAE 2/2009 di Stadium Larkin Johor Bahru dengan kerjasama Belia 4B Johor Bahru dan Bulan Sabit Merah Johor

Mulai 8 November 2009 sesi kelas bimbingan persediaan RAE 2/2009 dijalankan di Bilik Gerakan Belia 4B Johor Bahru pada setiap hari Ahad jam 2pm

Kelas Bimbingan akan dijalankan pada;

8  November 2009

15 November 2009

22 November 2009

29 November 2009

6 Disember 2009

13 Disember 2009

Kepada sesiapa yang ingin hadir belajar bersama-sama sila datang terus pada jam 2 petang tarikh berkenaan.

Yuran RM 60  dan Buku Panduan RM 10


Selamat Maju Jaya.





Sunday, November 01, 2009

MOU BSMM CNJ & ADEC JOHOR ditangguhkan atas sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan oleh BSMM CNJ. Harap Maaf. Diganti dgn. aktiviti Road Show ADEC

HARAP MAAF.

MajlisMajlis MOU ADEC Johor dengan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Johor pada 8 November 2009 ditangguhkan kepada satu masa yang ditetapkan oleh Bulan Sabit Merah pada satu masa yang ditetapkan oleh mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh BSMM Cawangan Negeri Johor.

Walaubagaimanapun Pihak ASTRA Johor telah membuat keputusan bahawa pada 8 November 2009 ini  akan diadakan juga program pengenalan radio amatur kepada warga BSMM CNJ dan juga SWAL yang akan menghadiri peperiksaan RAE 2/2009 akan datang.

Dengan itu dijemput semua untuk sama-sama memberikan semangat kepada warga radio baru dan warga BSMM CNJ ini bagiu mencapai tujuan lulus RAE 2/2009 nanti.

Berikut adalah program yang akan dilaksanakan nanti;

Tarikh: 2pm

Lokasi: Bilik Gerakan Belia 4B Johor Bahru, Stadium Larkin, Jalan Garuda, 80350 Johor Bahru.

GPS:

Tentetif program:

9 am Persiapan tempat dan pemasangan alatan radio.

10 am Sesi Jualan Peralatan  dan Road Show  oleh  ADEC Johor.

10.30 am Special 2Meter Net Local ASTRA Johor Bahru 9M4RAP Gunung Pulai.

11.30 am 2 Meter Net ASTRA Transnasional ( Linking ) 

12.30 pm Rehat & Makan Tengahari & Zohor

2.00 pm  Pendaftaran Peserta RAE 2/2009

2.30 pm Pengenalan Radio Amatur & Kod Etika

4.30pm  Minum Petang & Majlis Bersurai.

Terima kasih kerana menyokong ASTRA JOHOR.

Tuesday, October 20, 2009

Majlis Perlancaran Penubuhan & MOU Pasukan Komunikasi Kecemasan Sukarela antara BSMM Caw. Johor dengan ADEC Johor


Majlis Perlancaran Penubuhan & MOU Pasukan Komunikasi Kecemasan Sukarela 

antara BSMM Caw. Johor dengan ADEC Johor 

8 November 2009 Ahad

2 petang

Lokasi : Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia, Cawangan Negeri Johor, No 3, Jln. Bacang, 81200 Tampoi, Johor Bahru

GPS : Lat: 1°29'37.43"N   Long : 103°42'10.32"E

Semua dijemput hadir.

Agenda :

Sesi Taklimat 

9.00am            Pendaftaran kehadiran sesi taklimat dan perbincangan.

9.30 am            Sesi Taklimat Persediaan Menghadapi Bencana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat , Negeri Johor

10.30am             Taklimat BSMM CNJ.

11.30am           Taklimat Pengenalan Radio Amatur oleh ASTRA  Johor.

12.00pm            Sesi Soaljawab

Jamuan Ringan

Majlis Perlancaran & MOU

1.30- 1.45  pm Pendaftaran 

1.45 pm            Ketibaan VVIP

2.00 pm            Nyanyian Lagu Bangsa Johor, Negaraku , Bulan Sabit Merah Malaysia & Bacaan Doa

2.10pm            Ucapan Pengarah BSMM CNJ

2.20pm            Ucapan Pengurus Astra Johor

2.30pm            Ucapan Perlancaran oleh EXCO Belia & Sukan Ng Johor, YB Tuan Haji Jais bin Hj. Sarday 

2.40pm            Majlis Tandatangan MOU BSMM CNJ dengan ADEC JOHOR

2.45 pm           Penyampaian Cenderahati

3.00pm            Press Conferance 

3.10pm             Jamuan Minum Petang

Majlis bersurai dan melawat gerai pameran Adec- Johor.

Special Net akan dilaksanakan jam 10am hingga jam 1pm.

73

Sunday, October 04, 2009

Kerja-Kerja baikpulih Repeater Gunung Ledang BERJAYA



Untuk memastikan semua repeater ASTRA JOHOR berfungsi dengan baik pada setiap masa, pasukan ADEC Daerah Johor Bahru menyumbangkan tenaga dan masa bagi menjayakan usaha membaikpulih Repeater Linking & Local Ledang.

Kerja dimulai jam 11 pagi dan tamat jam 7 malam. 

Terima kasih dan setinggi ucapan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan misi tersebut.

Usaha dan Sepakat membawa kejayaan. Semoga Allah merahmati usaha sahabat-sahabat. Hanya Allah yang dapat membalasnya. 

Jumpa di Muar 10 Oktober 2009 jam 8.30 malam di rumah 9W2MHX sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri Radio Amatur Astra Johor. Semua dijemput Hadir.

Moga usaha ini dapat diteruskan dan dicontohi oleh semua warga radio. 73

Tuesday, September 29, 2009

BAIKPULIH ANTENNA RX LEDANG

Kerja-kerja penyelengaraan akan dilakukan pada Hari Sabtu ini 3 oktober 2009

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN


DARIPADA AJK PENGURUSAN ASTRA NEGERI JOHOR

KEPADA SEMUA WARGA RADIO AMATUR

Thursday, August 27, 2009

ADEC berkerjasama dengan PBSM JOHOR dalam menyediakan Unit Komunikasi Kecemasan PBSM JOHOR

Astra Johor telah mendapat kebenaran daripada ASTRA pusat untuk bersama membantu PBSM Johor dalam menyiapkan Unit Komunikasi Kecemasan PBSM Johor. Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Penyelarasan ASTRA Johor yang berlangsung di Segamat, 25 Julai 2009 yang lalu memutuskan bahawa;

ASTRA JOHOR sebulat suara bersetuju bergabung dengan PBSM Johor dalam usaha kearah meningkatkan keberkesanan Komunikasi Kecemasan Bencana. ADEC Johor akan menjalankan tugas dengan mengetuai unit ini. Sehubungan dengan itu diharap sokongan padu daripada semua warga amator dasn masyarakat dalam membentuk pasukan komunikasi yang lebih mantap. 

PBSM Johor bersetuju menganjurkan Kelas Persediaan RAE 2/2009 bagi memastikan warga PBSM Johor atau masyarakat setempat mendapatkan panduan dan pengetahuan bagi persiapan menghadapi RAE akan datang.

Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menghadiri kursus berkenaan hendaklah mendaftarkan nama dan alamat anda kepada ;

019-7666676 / 013-78681122 / 019-2800157 / 019-7824441 / 013-7766808

dengan kadar segera. Kelas akan dilakukan bermula pada 4-10-2009 , Ahad , bertempat di Wisma PBSM Johor, Jalan Bacang, Tampoi, Johor Bahru. Bersebelahan dengan Balai Polis Tampoi /  Pusat Latihan Polis Marin Tampoi.

Tempat adalah terhad.

Kursus-kursus berkaitan dengan Komunkasi kecemasan juga akan dijalankan oleh PBSM Johor dalam menyiapkan kumpulan unit komunikasi kecemasan ini ldari masa ke semasa.


Tuesday, August 18, 2009

Special 2 Meter Net 9M4LHJ DI TRANSNASIONAL ASTRA LINKING REPEATER



TAHNIAH & TERIMA KASIH

kepada penyelaras 9M4LHJ yang diuruskan oleh JASRA yang memberikan kebenaran untuk menjalankan Special 2 Meter Net di Jalur Panjang ASTRA sempena Malaysian & International Light House Weekend 2009

Sekalung tahniah kepada mereka yang sama-sama menyertai aktiviti ini seluruh Malaysia.

Terima kasih sekalung budi nkerjasama erat daripada pihak JASRA selaku Penyelaras di Bukit Segenting yang memberikan ruang kepada pihak ASTRA JOHOR membuat ujian pancaran Pancar Ulang Tranasional ASTRA. Walaupun dalam masa yang singkat kita dapat meastikan pancarulang dapat berfungi dengan baik dan mungkin terdapat gangguan semasa hujan. Dan kami ASTRA Johor berbangga dengan kerjasama erat ini dapat diteruskan diperkukuhkan lagi dari masa ke semasa.

Sesungguhnya ASTRA Johor sentiasa bersedia bersama-sama dengan JASRA dalam apa jua aktiviti yang dirancang / yang hendak dilaksanakan dan dijemput juga warga JASRA dalam semua kativiti yang dijalankan oleh ASTRA Johor tidak kira dimana jua tempat dan ketikanya.

Sesungguhnya bak kata pepatah, 

'Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat' 

 'Muafakat membawa barkah'.

Tahniah kepada semua yang sama-sama menjayakan program ini.

Monday, August 10, 2009

Sekitar Road show ADEC Johor di Danga Bay JB

Tahniah semua petugas! teruskan usaha murni anda memperkenalkan Radio Amator kepada masyarakat.

Tahniah! 9 orang warga baru Astra, Ceria Bersama Astra.



Terima kasih  YB Datuk Abd Halim bin Sulaiman ADUN Tebrau, Johor yang sudi menjengah dan menandatangani buku pelawat kami. Terima kasih juga atas sokongan yang diberikan. 


Gambar beramai-ramai peserta daripada Batam, Indonesia yang bersama menjayakan program Karnival Permotoran Belia Ng Johor. Syabas.




9W2RLW menerangkan kepada 2 rakan baru astra berkenaan kedudukan Malaysia di World Map Radio Amatuer dan maklumat asas radio amator yang patut diketahui.














Sesi penerangan one to one bagi pengendalian alatan radas kepada rakan baru. 

Kami warga ASTRA JOHOR sedia untuk datang ke lokasi anda bagi menberikan info lengkap radio amatur tanpa sebarang bayran dikenakan. PERCUMA.

Jemputlah kami, sebulan / 2 minggu lebih awal agar dapat disiapkan semua petugas-petugas serta komitmen yang berikan tanpa berbelah bahagi.












Astra Johor tengah berusaha menyiapkan sebuah buku panduan ringkas dan lengkap berkaitan Radio Amatur bagi kegunaan semua peminat dan juga mayarakat yang ingin mengenali Radio Amatur.







SUMBANGAN DIALU-ALUKAN

Memandangkan ADEC JOHOR masih baru dipergiatkan semula. Maka segala-galanya dalam kekurangan terutama dari segi peralatan yang memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dipersiapkan. Oleh yang demikian adalah diharapkan kepada semua pihak yang mampu untuk menyumbang dapatlah disalurkan sumbangan kepada

ASTRA NEGERI JOHOR

28 Jalan Bayam, Kg. Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor

atau dengan menghubungi kami 


astraselatan@gmail.com 

019-2800157 9W2ALS Alias

019-7666676 9W2ZXZ Azam

013-7868112 9W2ZET Zakaria 

013-7766808 9W2PSC Armi 

bagi urusan selanjutnya.

ATAU;

Salurkan terus sumbangan anda kepada Akaun ASTRA NEGERI JOHOR, MAYBANK acc. no : 551249102773

Segala sumbangan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sumbangan anda boleh dikecualikan daripada Cukai Pendapatan.

Masyarakat Prihatin Masyarakat Maju

Segala pungutan sumbangan akan disalurkan bagi memperbaiki, memperkasakan dan  menyelenggara Pancarulang  ASTRA diseluruh negeri Johor.

SENARAI FREKUENSI ASTRA NEGERI JOHOR

CallSignDownLink
Mhz
Uplink
Mhz
Tone
Hz
Location

Elevation

9WO408147.9375147.3475103.5Gn Ledang, Johor1,276 meters
9M4RAL 146.950146.35085.4Gn Ledang, Johor1,276 meters
9MX485145.750145.15085.4Gn Pulai, Johor664 meter
9M4RAP 147.750147.15085.4Gn Pulai, Johor664 meter
9M4RAJ146.650146.050103.5Pekan Jabi100 meter
9M4RAU146.750146.150103.5Gn Busan770 meter
9M4RBN147.850 147.250 103.5 Batu Pahat200 meter

9M4RSG

147.650147.05088.5 Bdr Segamat

100 meter