Salam hormat, salam sejahtera.
Satu persoalan ditimbulkan oleh pelbagai pihak berkenaan bagaimana boleh mereka menyertai dan menyumbang tenaga dalam komunikasi kecemasan yang dilaksanakan oleh ADEC Johor.
Penjelasan yang ringkas dan mudah.
Penyertaan bersama ADEC Johor boleh berlaku dengan sukarela dan boleh mendaftar nama kepada ASTRA JOHOR untuk disenaraikan kedalam kumpulan.
Langkah pertama telah diambil disusuli dengan menjadi ahli ASTRA. Keahlian ASTRA terbuka kepada semua mengikut tatacara yang sesuai mengikut perlembagaan pertubuhan. Sila rujuk laman http://astra.org.my clik pada keahlian. Di situ diterangkan secara jelas bagaimana anda boleh bersama kami.
ADEC JOHOR mengambil langkah memperkasakan dan menyampaikan wadah komunikasi kecemasan amat diperlukan waktu getir dan waktu bencana berlaku. Ia berlangsung secara sukarela atas dasar keperluan masyarakat dapat dipenuhi demi keselamatan dan kebajikan bersama.
ADEC JOHOR maju selangkah lagi.
Mari bersama kami bagi menjayakan hasrat murni ini.
Terima kasih kepada semua pihak yang membantu sepanjang proses pameran di SMK Parit Betak,Benut, Pontian, Johor samada secara langsung atau tidak langsung.
Kami berbangga dengan sambutan adik-adik di sekolah berkenaan, termasuklah para pengunjung pameran serta warga guru sekolah yang betul-betul berminat dalam mendalami dan memahami apakah itu radio amatur. Tahniah kepada petugas-petugas sukarelawan ADEC JOHOR.
SELAMAT MAJU JAYA.
BERSATU MAJU, BERTAMBAH MUTU.
73
No comments:
Post a Comment