Astra Johor telah mendapat kebenaran daripada ASTRA pusat untuk bersama membantu PBSM Johor dalam menyiapkan Unit Komunikasi Kecemasan PBSM Johor. Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Penyelarasan ASTRA Johor yang berlangsung di Segamat, 25 Julai 2009 yang lalu memutuskan bahawa;
ASTRA JOHOR sebulat suara bersetuju bergabung dengan PBSM Johor dalam usaha kearah meningkatkan keberkesanan Komunikasi Kecemasan Bencana. ADEC Johor akan menjalankan tugas dengan mengetuai unit ini. Sehubungan dengan itu diharap sokongan padu daripada semua warga amator dasn masyarakat dalam membentuk pasukan komunikasi yang lebih mantap.
PBSM Johor bersetuju menganjurkan Kelas Persediaan RAE 2/2009 bagi memastikan warga PBSM Johor atau masyarakat setempat mendapatkan panduan dan pengetahuan bagi persiapan menghadapi RAE akan datang.
Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menghadiri kursus berkenaan hendaklah mendaftarkan nama dan alamat anda kepada ;
019-7666676 / 013-78681122 / 019-2800157 / 019-7824441 / 013-7766808
dengan kadar segera. Kelas akan dilakukan bermula pada 4-10-2009 , Ahad , bertempat di Wisma PBSM Johor, Jalan Bacang, Tampoi, Johor Bahru. Bersebelahan dengan Balai Polis Tampoi / Pusat Latihan Polis Marin Tampoi.
Tempat adalah terhad.
Kursus-kursus berkaitan dengan Komunkasi kecemasan juga akan dijalankan oleh PBSM Johor dalam menyiapkan kumpulan unit komunikasi kecemasan ini ldari masa ke semasa.